Monday 28 April 2014

Reflection on 11th week ( Onion Skin)

As Salam...  and Hye...

Hoho.. dulu dapat pinjam ipad, sekarang di beri pinjam   Interactive Pen Displys jenama Wacom ni plak.. mewah jugak jadi student kat Fakulti Pendidikan ni kan? hehe. Bagi yang tak kenal  Interactive Pen Displys tu ape.. haaa.. ni la rupa die..sy pun first jugak guna dan tgok benda alah ni.. 
Kegunaan alat ni adalah untuk melukis dan paparan lukisan itu akan kita nampak dalam Adobe Flash.. canggih bukan?

Tapi yang jadi masalah nya... tangan ni tak kreatif dan lukis pun senget-senget sebab tangan menggeletar. huhu... So, alat ni tak pat nk guna sangat la...




Saya lagi prefer teknik Onion Skin.. lebih mudah bagi saya.. 
  • Import gambar ke dalam Library > Drag gambar tersebut ke stage.

  • Timeline > Klik pada mana2 frame e.g: ke 15 > insert keyframe > klik pada butang onion skin  > dan klik butang Del untuk padam gambar tersebut :



  • anda akan dapati gambar anda akan kelihatan seperti berikut:
  • Tujuan melakukan teknik ini agar kita dapat melukis dan seolah-olah menekap dri gambar asal dan tidak memerlukan copyright
  • Output: 




Monday 21 April 2014

Reflection on 10th week ( Sound & Interactive Button)

As- Salam..

Ini kelas pertama saya untuk sesi Flash bersama Dr Sykin ni...rasa diri ni lemah giler.. huhu..
banyak perkara dan term dalam Flash yang saya tak tahu.. takpe.. positive.. tak tahu boleh tanya kawan-kawan, dan guna tutorial Youtube..

Dr Sykin minta saya install Apps 1 dan 2 dengan Kak Farhana.. pas dapat apps tu, dengan penuh smangat saya terus explore.. untuk remind smula basic function dan icon-icon yang terdapat dalam Flash. Lega sangat...apps tu memang banyak membantu insan yang sudah ketinggalan selama dua minggu kelas Flash ini.



So minggu ni, kami belajar cara-cara nak masukkan dan edit audio/sound ke dalam Flash. Dan kami juga belajar cara-cara membuat interactive button.

Format sound atau audio yang boleh digunakan dalam Adobe Flash CS4 adalah seperti berikut:



Cara-cara untuk memasukkan audio ke dalam Flash CS4

  1. Cari lagu ( biasanya guna format .mp3 atau .wav)
  2. Buka Flash >  create new > Flash File(action script 2.0).
  3. Klik file > import > import to library > pilih audio file > klik OK
  4. Sekarang audio file anda sudah disimpan dalam library.
  5. Drag lagu dari library ke kanvas dan masukkan keyframe di saat/minit yang terakhir.


  • Untuk edit audio tersebut, klik pada mana-mana frame dan lihat properties di bahagian bawah.Klik pada perkataan edit.


** Anda juga boleh buat effect pada audio tersebut eg:  fade in atau fade out.

Cara-cara untuk membuat interactive button

  1. Buat button guna shape tool. Boleh guna apa-apa bentuk dan taip teks dalamnya.
  2. Select semua, shape dan teks kemudian klik kanan dan convert to symbol : button.
  3. Button tersebut akan disimpan dalam library





  • Klik 2 kali pada button yang telah dibuat tadi dan timeline akan berubah :
  • Langkah seterusnya adalah:

    1. Warna asal button adalah pada frame up.
    2. Masukkan keyframe pada frame over. Tukar warna button guna paintbucket.Warna button pada         over ini adalah apabila kita meletakkan mouse kita ke arah button tersebut.
    3. Masukkan keyframe dan lakukan langkah yang sama untuk down dan hit.(down- warna button bila kita tekan, hit-warna button apabila sudah ditekan)
    # Soalan : Apa beza Frame dan Keyframe?
    Jawapan : Frame = sama, Keyframe = berbeza. Gotcha.. Tq Dr. Sykin menjawab soalan saya tadi..

    Assignment 1 (individual): Submit on 3 May 2014 to Dr Sykin

    Elemen yang perlu ada :

    1. Motion Tween
    2. Shape Tween
    3. Sound
    4. Gambar latar belakang
    5. Gambar original + gambar yang dilukis dalam Flash




    Tuesday 15 April 2014

    Reflection on 9th week ( Introduction to Flash) * saya tak hadir

    As-Salam....

    Saya masih cuti pada minggu ni.. agak terasa rugi kerana tidak hadir.. tambahan pula kelas authoware ni lebih kepada kalas praktikal..So, dah banyak benda yang saya ketinggalan..

    It's ok.. semangat saya masih kuat untuk meneruskan perjuangan dalam pelajaran saya.. saya akan catch up semula apa yang telah saya ketinggalan..





    Sekian

    Tuesday 8 April 2014

    Reflection on 8th week ( Introduction Flash) * saya tak hadir

    As-Salam....

    Bad newss... really bad news..
    Saya tak dapat hadir kelas minggu ni.. kerana terlibat dalam kemalangan pada 3 April 2014.
    Tp alhamdulillah..sy dan tunang selamat walaupun kereta kami remuk dan disahkan total lost..tunang mengelami kecederaan yang parah..manakala saya mengalami kecederaan luar dan mendapat jahitan sebanyak 20 jahitan...

     

    Saya sangat teruja untuk mempelajari Adobe Flash ni..  ini kerana saya pernah kantoi masa belajar di zaman Ijazah dulu... Xfaham langsung... huhu. So plan nya take second chance ini, untuk belajar sampai pandai...

    Tapi apakan daya, ujian datang tanpa diundang atau diminta..saya redha


    yup.. its true...